KELAB CATUR

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

NO.PENDAFTARAN S016/2011/SMJKPCPP

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

 

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan

Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11,

Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini

dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Catur Sekolah Menengah

Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

  1. Nama Persatuan: Kelab Catur

SMJK Perempuan China Pulau Pinang

  1. Alamat: SMJK Perempuan China Pulau Pinang

2, Jalan Gottlieb

10350 George Town

 

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara

seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1       Supaya ahli dapat menganggotai kelab sukan (Kelab Catur) dengan lebih

            terpimpin dalam menimba Ilmu Berpengakap danmemupuk semangat

            bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2       Ahli-ahli Kelab Catur akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap

tyang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1       Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2       Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan

4.3       Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang pada Perlembagaan

dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan

persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1       Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2       Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan

pelaksanaan sesuatu aktiviti.

5.3       Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti

dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1       Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2       Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli

yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan

sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3       Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4       Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan

mesyuarat.

6.5       Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar

surat peletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6       Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada:-

6.6.1    Pengerusi

6.6.2    Naib Pengerusi

6.6.3    Setiausaha

6.6.4    Penolong Setiausaha

6.6.5    Bendahari

6.6.6    Penolong Bendahari

6.6.7    Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung pada keperluan)

6.6.8    Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

Pages: 1 2