PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1       Pengerusi

7.1.1    Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas

kesempurnaan semua mesyuarat

7.1.2    Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang

diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

semasa ke semasa.

7.2       Naib Pengerusi

7.2.1    Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab

yang diberi.

7.2.2    Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

semasa ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1    Menguruskan hal-hal surat-menyurat.

7.3.2    Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan .

7.3.3    Mencatat kehadiran ahli

7.3.4    Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

semasa ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1    Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan

tanggungjawabnya.

7.4.2    Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

semasa ke semasa.

7.5 Bendahari

7.5.1    Betanggungjawab berkenaan dengan semua hal kewangan Persatuan

7.5.2    Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan dengan semua perkara

            kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya.

7.5.3    Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta

menandatanganinya.

7.5.4    Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat

            ahli jawatankuasa.

7.5.5    Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam

Mesyuarat Agung.

7.5.6    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

semasa ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1    Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

semasa ke semasa.

7.7       Ahli Jawatankuasa

7.7.1    Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang

dilaksanakan.

7.7.2    Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

semasa ke semasa.

7.8       Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1    Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan

dan bertangungjawab ke atasnya.

  • Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1       Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan

semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 1.00 seorang

setahun.

8.2       Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

  • Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4       Semua pungutan / penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA

sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua / Guru Besar.

 

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1       Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh

persatuan sepanjang tahun.

9.2       Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki

 menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam

 penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1     Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli

 jawatankuasa.

10.2      Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan

 kepada pengetahuan ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1     Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2     Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

  • Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1     Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak

mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

12.3     Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat

rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru

Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1     Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,

Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3     Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa

            akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh

Pengetua / Guru Besar.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1     Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati

melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2     Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat

Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1     Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti

yang dijalankan.

  • Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

……………………….                         ……………………. …..                      ……….……………….

(WONG YI CHEE)                 (LOH JING LIN)                                (PN. ANNY TAN)

Setiausaha                              Pengerusi                                            Guru Penasihat

Kelab Catur                             Kelab Catur                                         Kelab Catur

Tarikh: ……………..                   Tarikh: ………………..                            Tarikh: ……………….

Pages: 1 2