Skop tugas
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
1. Pengerusi
- Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
- Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
2. Naib Pengerusi
- Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi.
- Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
3. Setiausaha
- Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
- Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan .
- Mencatat kehadiran ahli
- Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
4. Penolong Setiausaha
- Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
- Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
5. Bendahari
- Bertanggungjawab berkenaan dengan semua hal kewangan Persatuan
- Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan dengan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya.
- Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
- Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat
ahli jawatankuasa.
- Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
6. Penolong Bendahari
- Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
7. Ahli Jawatankuasa
- Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
- Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
8. Pemeriksa Kira-Kira
- Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan
dan bertangungjawab ke atasnya.
- Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.